Soalan Lazim (FAQ)
Klik pada soalan untuk lihat jawapan.
Q1. Waktu check-in dan check-out pukul berapa?
Jawapan: Check-in bermula pukul 3.00 petang. Check-out sebelum pukul 12.00 tengah hari.
Q2. Bolehkah saya check-in awal atau check-out lewat?
Jawapan: Bergantung kepada kekosongan pada hari tersebut. Sila hubungi kami lebih awal di WhatsApp untuk membuat permohonan.
Q3. Adakah homestay ini sesuai untuk keluarga besar atau kumpulan ramai?
Jawapan: Sangat sesuai! Kami ada 3 bilik tidur (2 daripadanya adalah connection room) yang boleh memuatkan sehingga 6-8 orang dengan selesa.
Q4. Ada katil tambahan (extra bed) untuk kanak-kanak?
Jawapan: Setiap bilik sudah dilengkapi dengan katil Queen dan katil Single. Untuk pertanyaan lanjut tentang tambahan katil, sila WhatsApp kami terlebih dahulu.
Q5. Apakah kemudahan yang disediakan di dapur?
Jawapan: Kami menyediakan dapur yang lengkap untuk anda memasak. Terdapat rice cooker, pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garfu, serta peralatan asas untuk memasak, makan dan minum. Kami juga ada penapis air Coway untuk air minuman yang bersih. Namun, kami tidak menyediakan beras, minyak masak, dan bahan-bahan dapur lain—anda perlu bawa sendiri.
Q6. Adakah homestay menyediakan tuala dan peralatan mandian?
Jawapan: Kami hanya menyediakan tuala mandian sahaja. Untuk peralatan mandian lain seperti sabun, syampu, dan ubat gigi, anda perlu bawa sendiri.
Q7. Adakah WiFi disediakan dan berapa laju?
Jawapan: Ya, kami menyediakan WiFi fiber optik percuma tanpa had. Cukup laju untuk streaming dan kerja ringan.
Q8. Bolehkah saya merokok di dalam homestay?
Jawapan: Homestay kami adalah kawasan bebas rokok di dalam rumah. Anda boleh merokok di luar rumah atau di kawasan beranda.
Q9. Bolehkah saya membawa haiwan peliharaan?
Jawapan: Maaf, kami tidak membenarkan haiwan peliharaan di homestay untuk menjaga kebersihan dan keselesaan semua tetamu.
Q10. Macam mana cara untuk ke D'Kayu Homestay? Ada panduan arah?
Jawapan: Anda boleh gunakan Waze atau Google Maps ke "Kampung Taman Sedia, Tanah Rata". Kami akan hantar link lokasi tepat selepas tempahan dibuat.
Q11. Bagaimana cara untuk membuat pembatalan tempahan?
Jawapan: Sila hubungi kami di WhatsApp sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh check-in untuk pembatalan tanpa penalti (tertakluk kepada terma dan syarat).
Masih ada soalan lain?
Jangan malu-malu, WhatsApp kami terus! Kami sedia membantu.
WhatsApp SekarangSedia untuk Menginap?
Tempah sekarang dan nikmati pengalaman menginap di D'Kayu Homestay.
Tempah Sekarang